Itik muscovy tempatan sebagai itik nila atau itik serati.
Itik ini berbulu hitam dan putih biasa dipelihara oleh orang kampung untuk menghasilkan telur dan daging.
Baka yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.
Pembangunan Ladang
Pemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai untuk itik membesar dan memudahkan pengurusan harian.
Kemudahan bekalan air untuk ternakan dan mencuci serta bekalan elektrik perlu ada.
Tanah bekas lombong, kawasan tinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.
Reban
- dibina menggunakan kayu dan beratap rumbia atau zink.
- Bumbung berbentuk double ridge dan dinding terbuka membantu pengudaraan.
- Tinggi minima bahagian tengah 14 kaki, tepi 8 kaki dan cucur tepi kira –kira 5 kaki bagi mendapat
- suasana selesa, pengudaraan yang baik dan terhindar dari tempias ketika hari hujan.
- Reban berukuran 300 kaki panjang dan 24 kaki lebar boleh memuatkan 5000 ekor itik sehingga peringkat jual.
- bahagian legar berpagar depan reban perlu, terutama musim panas
- Lantai simen mengelakkan kelembapan dan memudahkan pembuangan sarap setiap kali selesai satu pusingan ternakan.
- Kemudahan jalan dan sistem perparitan dan saliran yang baik perlu ada.
- Bekalan elektrik dan air yang bersih untuk minuman dan cucian sangat perlu.
Operasi dan pengurusan
Makanan
permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP
Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu
makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.
makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-
Umur sehari hingga dua minggu
masukkan ke dalam kepungan.
Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera.
Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius.
Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.
Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.
Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban
Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat.
Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan.
Umur 3 hingga 4 minggu,
bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.
Umur 5 hingga 13 minggu,
makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.
Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik
No comments:
Post a Comment